Ayam Berjalan Seperti Penguin

Bookmark and Share
Jangan terkejut kerana apa yang anda lihat ini bukanlah seekor penguin jadian, tetapi ayam yang dianggap pelik oleh pemiliknya. Keunikan ayam ini apabila mempunyai tabiat berjalan seperti seekor penguin apabila dadanya diangkat seolah-olah ia sedang berdiri. Biarpun ia bukan berlaku di negara kita, tetapi penemuan ini benar-benar melihat betapa hebatnya kuasa Allah SWT.
Bingung. Mungkin ini kata yang tepat untuk ayam dari China ini
Inilah Mumble, ayam dari China yang mengira dirinya adalah seekor penguin.
Alih-alih mengorek tanah mencari makanan dan bertenggek di kandang, dia malah berjalan seperti seekor penguin.
Pemiliknya Lu Xi, membesarkan ayam itu dari kecil. “Dia mempunyai sayap yang kecil, mirip seperti penguin, gayanya juga seperti penguin pada waktu mengepakkan sayap dan berjalan,” ujarnya seperti diberitakan Orange.
Media tempatan di Jiangsu pun menamainya Mumble, seperti watak seekor penguin yang tak boleh menyanyi tapi jaguh menari dalam sebuah filem animasi di Happy Feet. Lu Xi mengaku tak masalah ayam uniknya diberi nama Mumble. Meski ia mengaku belum pernah menonton ‘Happy Feet’.
“Aku tidak pernah lihat filemnya, tapi aku suka nama itu, walaupun dia tidak boleh menari dan juga mungkin tidak akan boleh berenang,” katanya.“Mungkin kerana itu dia tidak boleh terbang,” kata Lu Xi seperti diberitakan laman media.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar